>Anugerah Bintang Popular

>Berlangsungnya Anugerah Bintang popular Berita Harian semalam, menyaksikan satu lagi kegemilangan artis-artis tanah airi dalam pelbagai bidang seni. Ayuh semak komen peribadi HE tentang majlis ini.

Pengacara

Ini pasangan pengacara yang paling ngam yang pernah disaksikan. Ogy dan Kak Engku adalah dua wanita tonggak pada amalam itu dan mereka berjaya membawa majlis dengan kepetahan mereka dan dengan cara masing-masing. Walaupun kelibat Ogy dalam mengacara majlis besar kurang, tetapi penampilannya sentiasa segar dengan carnya. Begitu juga Kak Engku yang emmpunyai gaya tersendiri dalam pengendalian acara. Keseluruhannya, mereka berdua sudah memberikan satu pengacaraan yang sungguh menghiburkan.

Persembahan

Jac dan Misha – Cinta

HE memilih untuk jatuh hati dengan persembahan Misha dan Jac untuk lagu Cinta. HE masih ingat gaya persembahan ini mirip lagu Ain’t No Way nyanyian Whitney Houston dan Mary J Blige dalam Divas Live. Jika kalian mahu melihat persembahn tersebut boleh mencarinay di Youtube. Persembahan bertenagan dari segi suara dan jiwa ini memperlihatkan penonton terpaku dan terdiam melihatkan gelagat misha dan Jac. HE harap lebih banyak penyanyi melagukan persembahan sehebat itu.

Noryn, Dayang, Nikki dan Ning – Diamond Are Forever

Dari segi glamornya, ini adalah persembahannya. Pakaian Ning, Nikki dan Noryn begitu terserlah anggunnya. Cuma Dyang tampil agak ringkas. Namun rata-ratanya, Nikki dan Noryn mencuri tumpuan HE dengan vokalnya, Ning kurang kedengaran. Dayang mengawal vokal dengan baik tetapi kelibat suara Noryn menyembunyikan sedikit Dayang ketepi.

Persembahan Pembukaan

Seronoknya bila melihat semula bintang-bintang terdahulu beraksi. Aishah datang kembali dengan Janji Manismu dengan julat suarat yang sama. Tidak kurang Ziana Zain dengan Anggapanmunya. Sayang Sekali M Nasir dan Zainal Abidin tidak dapat membuat persembahan yang masing-masing digantikan oleh Azfar dan Fazli Zainal. Alangkah seronoknya jika bintang-bintang wanita dalam seni suara ini digabungkan dalam sebuah lagu untuk persembahan istimewa dan begitu juga yang lelaki. Aishah, Ziana dan Siti bergabung dalam satu lagu khas yang diciptakan dan dipersembahkan pada malam itu.

Siti Nurhaliza – Destinasi Cinta

Dengan kelibat berbeza daripada biasa, Siti yang makin bijak bergaya sekarang walaupun sudah bergelar isteri, nampaknya dia tetapi mempunyai kemantapan vokal sebagaimana dahulu. Beraksi lincah di pentas dihadapan tamu, penonton malah di depan suami sendiri telah mengingkatkan kita kegemilangannya kala pertengahan dekan 90an yang lalu dan kini seorang Diva yang tiada taranya. Siti telah menutup persembahan ABPBH dengan gahnya dan menajdi satu memori indah acara ini.

Persembahan Rahim Maarof, Awie dan Hattan juga gabungan menarik. Lama sudah kita tidak melihat Rahim Maarof dan Hattan beraksi di pentas melainkan Awie yang datang dengan album baru.

Persembahan yang laian merupakan persebahan penghias kecil tetapi gabungan yang cantik seperti Khafi yang ingin kita lihat kemampuan persembahan live mereka, Farahawida dan Ramlah Ram dengan lagu Inang Barunya, Amy dan V.E dan lain-lain.

Rita dan Kejelekannya

Seperkara lagi, apabila majlis sebesar ABPBH hadir dengan penampilan penyamapai anugerah (presenter) yang berminda kecil seperti Rita Rudani agak mencacatkan. Apabila diperkenalkan Kak Engku penampilan Rita yang dikatakan suka mencakar, Rita sempat membalas “nak rasa ke?”. Ia menonjolkan kependekan akal Rita dan sikap cepat melatah. Dan tidak semena-mena membuat pengakuan bodohnya mengenai mintanya terhadap lelaki bermisai sambil mengmbil contoh Datuk K. Inilah dia kelakukan yang menjadi bukti kes mengapa dia terlibat dalam pergaduhan di ‘tepi kolam’ itu. HE rasa, selepas ini ABPBH perlu lebih selektif dalam memilih presenter dan mereka yang lebih pandai mengawal diri walaupun menjadi sendaan di dalam majlis. Kita boleh lihat Siti Nurhaliza dan Datuk K disenda berkali-kali tetapi sekadar tersenyum.

Keseluluhannya ABPBH sebuah acara yang menjadi acara tahunan yang ditunggu-tunggu dan penerusan acara ini seakli gus merancakkan lagi usaha anak seni menarik perhatian ramai tentang kerja-kerja mereka.

Senarai Pemenang ABPBH 2006

Bintang Paling Popular: Mawi

Anugerah Khas Bintang Popular: Datuk Jamil Sulong

Anugerah Seniman Veteran: Jefrydin

Anugerah Seniwati Veteran: Datin Umi Kalthom

Pelakon Filem Lelaki Popular: Saiful Apek

Pelakon Filem Wanita Popular: Fasha Sandha

Penyanyi Lelaki Popular: Mawi

Penyanyi Wanita Popular: Datuk Siti Nurhaliza

Artis Berkumpulan/Duo Popular: Jamal Abdillah & Mawi

Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani

Pelakon TV Lelaki Popular: Rosyam Nor

Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha

Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek

Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly

Artis Baru Lelaki Popular: Faizal AF4

Artis Baru Wanita Popular: Farahwahida

Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular: Farah Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular: Halim Othman

Penyampai Radio Wanita Popular: Linda Onn

Advertisements

One thought on “>Anugerah Bintang Popular

  1. >Ini pendapat peribadi Am pula HE, Bagi Am pula perangai Rita memang satu hal tapi sebenarnya pasangan pengacaranya (juruhebah radio) itu sepatutnya lebih aktif dalam mengimbangi rentak Rita, ini tidak dia begitu serius dan seolah-olah taiada keserasian antara mereka atau dia memang tak suka pada Rita kot (boleh kena saman ker buat kenyataan begini)Satu lagi pasal Ifa Razia (betul ker eja nama ni) digandingkan dengan "Abg B"nya dan Zizi, tapi dia seolah-olah hendak menyampaikan anugerah berseorangan dan bagai mengangap zizi tiada disitu. Kesian Am lihat zizi.Pasal persembahan Am memang amat setuju persembahan Jac & Misha paling best pada malam itu dan secara peribadi Am rasa persembahan Siti dihujung anugerah kurang gah, Am tak tahu dimana silapnya tapi yang Am tahu persembahan penutup perlu sangat Gah supaya orang balik dengan puas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s