>DVD

>HE baru balik dari Johor Bharu. Rasa seperti mahu menjengah seberang tambak tetapi kaki ini malas pula. HE hanya sekadar ke Pasar Jalan pandan Johor Bharu yang dibawa rakan-rakan yang katanya tempat KPDNHEP membuat serbuan untuk VCD dan DVD cetak rompak. Walaupun tahu tempat kesalahan (jenayah), kami serbu juga untuk membeli kerana dikatakan murah.

HE membeli mana yang HE teringin menjadi koleksi. Maka semasa memilih tertanya-tanya perlu ke membeli banyak-banyak? Sempat ke nak menonton? Tambahan pula ada kiriman dari isteri HE yang hendak semua siri TV season terbaru seperti Surface, House, Supernatural dan pelbagai lagi. Akhirnya semua yang dikehendaki tiada. HE sambar sahaja Siri berjudul TAKEN dan juga HOUSE SEASON 1.

Sambil-sambil itu sempat juga HE tangkap 3 filem yang bersaing hebat dalam Golden Globe dan Oscar nanti iaitu Dreamgirls, Babel dan The Queen. Paling menggerunkan, taukeh kedai minta tutup kedai tiba-tiba dan minta kami memilih DVD di dalam kedai. HE cepat-cepat bayar dan cabut. Hasilnya, sepanjang cuti Hari Wilayah, waktu menonton semua cerita.

Ini adalah komen HE tentang cerita yang HE tonton. Bukan komen profesional, sekadar terlintas diminda dan lahir dari rasa.

The Queen

Seronok juga menonton kisah dalaman keluarga DiRaja Britain dan konflik seorang bernama Ratu Elizibeth kala Puteri Wales atau Puteri Diana yang emnjadi ikon Britain meninggal dunia akibat kemalangan di Paris bersama Dodi AlFayed. Kisah dalam seminggu itu jelas memperluhatkan keangkuhan seorang berjawatan ratu tetapi dalam masa yang sama perlu mempunyai sifat-sifat seorang isteri, ibu, mentua dan nenek. Konflkik sifat ini juga yang menceritakan kenapa Ratu mengambil masa yang lama untuk tampil dikhalayak selepas kematian Diana.

HE suka lakonan Halen Mirren sebagai Ratu dan Micheal Sheen sebagai Tony Blair. Eloklah kalau kalian hendak tonton jika suka pada cerita dalaman istana Buckigham.

Dreamgirls

Ini kisah adaptasi Broadway yang mengulangi Chicago dan Don’t cry For Me Argentina. Tetapi jika kalian suka lagu-lagu Black seperti HE, inilah dia filemnya kerana ia mengandungi lagu-lagu yang sedpa didengar. Kalian boleh jumpa vokal yang padu dan kostum yang menarik di dalam filem ini.

Lakonan bakat baru dari bintang Finalis American Idol musim ketiga, Jennifer Hudson sungguh menyerlah disamping nama-nama besar African American lain seperti Beyonce, Jamie Foxx dan Eddie Murphy. Dialognya yang bersahaja disulami lagu sungguh menarik dan pastinya membuatkan tontonan kalian tidak menjemukan.

Babel

Filem ini memang membosan walaupun ia satu filem kembara tetapi kesinambungan filem ini sangat cantik. Ia mengisahkan 5 keluarga yang saling berkait tetapi untuk meneganli sesebuah keluarga itu dikembangkan cukup memeritkan. Namun falsafah disebalik filem ini cukup kuat dari segi kemanusiaannya.

Ia menceritakan sebuah keluar di Maghribi yang baru membeli Rifle dari seorang lelaki tua yang memperolehinya daripada seorang lelaki Jepun sebagai tanda terima kasih. Rifle itu digunakan untuk membunuh serigala gurun yang menggangu ternakan kambing di sebuah kawasan pergunungan. Kerja-kerja gembala dilakukan oelh anak-anaknya dengan menggunakan rifle yang dibeli.
Sebuah keluarga lagi adalah kisah sepasang suami isteri melancong ke Maghribi dan dalam perjalanannya ke kawan pergunungan, isterinya terkena peluru sesat.

Sebuah keluarga lagi ada mengenai seorang gadis yang dalam dilema kehidupan tentang kematian ibunya dan kehidupan sebenar bapanya.

Keluarga seterusnya,.. HE rasa eloklah kalin tonton sendiri.

Bagus juga filem-filem ini ditonton untuk melihat kehidupan manusia dan seterusnya menjadi iktibar perjalanan kita.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s