>Fusion

>Fusion

Semalam apabila Juara Lagu ke 21 mengetengahkan konsep Fusion, kita telah diberikan penerangan berkaitan dengannya. Perkataan ini dijangka akan popular beberapa ketika dalam segenap segi baik dalam muzik, kebudayaan dan kehidupan.

Berikut definisi yang HE ceduk dari beberapa laman tentang Fusion:

Wikitionary

Pronunciation

Rhymes: -uË?ʒən

American Heritage DictionaryCite This Source fu·sion   (fyÅ?Å?’zhən)  Pronunciation Key     
n.  

  1. The act or procedure of liquefying or melting by the application of heat.
  2. The liquid or melted state induced by heat.
    1. The merging of different elements into a union: the fusion of copper and zinc to form brass; the difficult fusion of conflicting political factions.
    2. A union resulting from fusing: A fusion of religion and politics emerged.

  3. Physics A nuclear reaction in which nuclei combine to form more massive nuclei with the simultaneous release of energy.
  4. Music that blends jazz elements and the heavy repetitive rhythms of rock. Also called jazz-fusion, jazz-rock.
  5. A style of cooking that combines ingredients and techniques from very different cultures or countries.

——————————————————————

Itu berkaitan definisi. Tetapi kita lihat konsep fusion ini ada juga orang yang tidak suka. Biasalah manusia, ada macam-macam perisa. Semasa menonton rancangan gosip dengan tagline, “kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi” (ye ke tue?), Melodi pada seminggu yang lepas.

Pandangan keras Ahmad Nawab berkaitan muzik tanah air menunjukkan dia berpandangan penyanyi era ini tidak ada nyanyian kemelayuan. Katanya anak-anak didiknya seperti Ramlah Ram kekal sehingga kini kena beridentitikan nyanyian secara melayu.

Tambahnya lagi, dia begitu tidak gemar dengan lagu-lagu lama mahupun lagu-lagunya digubah semula dalam genre lain. Sambil Melodi memaparkan wajah-wajah Vince, Dayang Nurfaizah dan beberapa kumpulan vokal, ia menampilkan pandangan Ahmad Nawab yang begitu sinis.

Bagi HE, Ahmad Nawab tidak boleh tamak dan ingin menjadikan sepanjang zaman sebagaimana zaman kegemilangannya.  Hidup manusia berubah dan eksperimetasi berlaku dan penemuan wujud. Yang lama tetap akan menjadi asas tetapi perkara baru menjadikannya satu warna baru dalam industri. Kita tidak boleh memaksa selera orang. Kita tidak boleh paksa semua telinga untuk mendengar tune-tune dan gubahan seperti Ahmad Nawab.

Ahmad Nawab perlu berbangga jika ada anak muda hendak menyanyikan lagunya semula tetapi sudah pasti yang baru menyanyikan lagu lama tidak seperti yang asal menyanyikannya. Sekurang-kurangnya lagunya masih dinyanyikan.

Jika ketamakan Ahmad Nawab terus-terusan begitu, orang muda akan sedikit demi sedikit hilang hormat kepadanya. Ahmad Nawab tidak boleh ego, sebaliknya dia perlu mendekati golongan muda dan muziknya dan secara perlahan mempengaruhi golongan ini untuk memperakui muziknya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s