>Oshin

>Jika kalian warga muda edisi tahun 1980an seperti HE, kalian mungkin pernah menonton drama Jepun yang popular era tersebut iaitu Oshin. Ia kembali ditayangkan di TV9 bermula 15 Januari 2007 ini.

Oshin 

Ini merupakan satu nostalgia bagi HE kerana ia disiarkan sewaktu HE masih lagi dalam Sekolah rendah ketika itu. TV merupakan kegilaan kanak-kanak seperti HE ketika itu. Tambahan pula ketika itu kita mula mengenali TV warna.

Oshin memberikan satu kesan kepada HE. Ia seperti satu ketagihan drama bersiri sebagaimana orang sekarang meminati drama-drama luar dari Indonesia, Filipina, Korea dan Jepun. HE sudah mengalaminya sejak dibangku sekolah lagi.

Kecekalan dan perjalanan hidup yang berliku di dalam Oshin mewujudkan satu fantasi besar dalam sanubari HE. Jelasnya apabila HE berjaya memperolehi 5A di dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (kini setaraf UPSR), HE telah diterima masuk kesebuah sekolah berasrama penuh dan di sana ada menawarkan mata pelajaran Bahasa Jepun. Tanpa menoleh ke belakang, HE mengambil subjek tersebut.

Alangkah seronoknya HE melalui detik tersebut dan menjadikan HE melalui pengalaman seorang pelajar dengan semagat belajar yang tinggi dan dipengaruhi cara dan etika kehidupan orang-orang Jepun. Pada thaun 1990, apabila HE di dalam tingkatan 4, Maharaja dan Maharani Jepun bercadang untuk membuat lawatan rasmi ke Malaysia dan salah satu agenda adalah melawat sekolah HE. Paling membanggakan HE, HE dipilih oleh guru bahasa Jepun HE (orang Jepun juga), untuk menjadi pengumum (announcer) bagi ketibaan Maharaja dan Maharani di dalam Bahasa Jepun. Sayang seribu kali sayang, baginda berdua tidak dapat mencemar duli kerana upacara dibatalkan atas cuaca jerebu pada ketika itu.

Mengakhiri zaman persekelohan dengan keputusan SPM yang kurang memberangsangkan dan menjadikan impian HE untuk sampai ke negeri matahari terbit tidak menjadi kenyataan dalam melangsungkan pengajian peringkat sarjana muda. Akhirnya HE hanya mendapat seorang isteri yang merupakan penuntut di universiti Okayama, Jepun.

Jika dimurahkan rezeki, hendak juga HE melanjutkan pelajaran ke sana. Doakan keinginan HE ini tercapai. Amin.

maklumat lanjut Oshin

Advertisements

4 thoughts on “>Oshin

  1. >Am pun ada tengok cerita Oshin itu dulu, dah lupa pula masa itu Am sekolah menengah atau rendah.HE tayangan cerita itu malam ker siang, Am macam nak follow cerita itu semuala, rasanya isteri Am pun minat nak tengok juga.Am pun sebenarnya ada niat nak pergi melawat Jepun juga ni heheheSemuga HE akan berjaya melanjutkan pelajaran disana ya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s