>Minda Penyelidikan

>Kerap kali kita berbicara tentang minda kelas pertama lewat tahun ini. Rasanya HE sudah dengar perkataan Minda kelas pertama sejak zaman Tun Dr. Mahathir lagi apabila beliau menyatakan kekesalannya tentang sikap penghuni Putrajaya yang menyidai pakaian di anjung apartmen. Beliau beranggapan rakyat masih dibelengu minda kelas ketiga sedangkan kemudahan telah disediakan dalam kelas pertama.

Kini, Jentera dan pentadbiran sekarang meuar-uarkan semula kegusaran Tun tentang perkara yang sama. Apa yang HE lihat, kebanyakan kakitangan kerajaan atau hampir semua sumber manusia sama ada swasta ataupun kerajaan tidak begitu peka tentang kepentingan penyelidikan melainkan orang itu terlibat dengan penyelidikan.

Kadang kala, kita menerima soal selidik atau didatangi orang untuk menemuramah kita tentang sesuatu perkara dan kita mungkin merasa malas untuk melibatkan diri kita. Ini kerana kita tidak tahu betapa peritnya untuk membuat satu penyelidikan. Respon daripada kita merupakan satu medium yang penting dalam kejayaan satu penyelidikan. Walaupun kita merupakan “bahan eksperimen”, tetapi ia merupakan salah satu jawapan kepada beberapa persoalan yang wujud di dalam kajian atau penyelidikan tersebut. Jawapan tersebut selalunya akan memberikan penyelesaian terhadap sebahagian daripada kehidupan kita.

Orang Kerajaan khasnya perlu maju ke hadapan dalam perkara ini kerana mereka sentiasa dilebel sebagai malas, mempunyai masa luang yang banyak (walaupun sebenarnya tidak) dan suka keluar minum. Orang kerajaan perlu memuhasabahkan diri mereka dan membuktikan diri mereka bukan seperti yang kerap dilebelkan. HE sendiri bekerja tidak kira masa, datang jam 8, dan kerap kali pulang jam 7-8 malam. Ada rakan HE juga yang datang kerja pada hujung minggu untuk menyiapkan kerja dan perlu menepati tarikh-tarikh tertentu. Kadang kala hati kita menjadi geram kerana dikatakan lembab dan tidak efisien. Mereka yang berada diluar perlu membuka minda juga.

Jadi HE rasa, sudah sampai masanya kita mengambil tahu tentang keperluan sesuatu penyelidikan dan membantu kearahnya. Kerana, selain daripada membantu kita dalam peningkatan kualiti diri, ia juga dapat membantu orang lain melihat kita mengalami perubahan yang baik.

HE: Hendak kaji kemampuan diri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s