>Hari Jadi Anakku

>Hari ini HE membuat majlis hari jadi anak HE. Tujuan HE buat majlis adalah untuk berseronok dan sekaligus majlis perpisahan dengan anak HE dengan pengasuhnya. Tidak lama lagi HE akan berpindah dan mungkin sukar anak HE untuk melupakan pengasuh dan pengasuh sendiri juga sukar untuk melupakan anak HE.

Anak HE mempunyai rantaian kawan-kawan di sekitar rumah panjang DBKL di Cheras ini. Sekeling mereka adalah kanak-kanak yang lebih besar daripadanya. Maka dia berperangai lebih dewasa dari usianya yang baru 2 tahun itu. Dia kelihatan teruja apabila melihat rakan-rakan datang beramai-ramai ke rumah. Tambahan pula Nenek dan Wan juga datang dari Ipoh sejak semalam untuk meraikannya. Tidak lupa makcik-makciknya yang datang segerombolan dari Shah Alam dan Berjuntai Bestari. Semuanya membikinkan satu suasana yang meriah.

Tidak tersangka oleh HE, ada juga yang membawa hadiah. Tidak terfikir oleh HE sehingga kita lupa ia majlis Hari Jadi dan lazimnya orang membawa hadiah. Papanya yang teruja lebih daripada anaknya tetapi sebelum keterujaan itu datang, kepenatan menonong tiba.

Ramai yang datang dan apabila pulang, anak HE seperti hilang arah. Ke mana semuanya mahu pergi? Dia seakan keliru. Dia mula mempelajari, setiap pertemuan ada perpisahan.

HE: Terima kasih isteri dan mak HE kerana masak untuk majlis itu.

Advertisements

One thought on “>Hari Jadi Anakku

  1. >Happy belated birthday utk anak HE…wahhh mmg kiddies sonok kalau diraikan camtuh, actlly bukan kiddies aje, nshy pun suke hiks…bTW HE install le any shoutbox satu!! Salam ditahun baru dengan harapan kita semua diberkati Allah hendaknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s