>Tiada Suara II

>Kalian baca sahaja artikel di bawah yang dipetik daripada ruangan Surat di Berita Harian dan ruangan Forum di Utusan Malaysia. Ia amat berkaitrapat dengan entri HE pada 21 Disember 2006 (Tiada Suara).

Jabatan rugi jika pegawai ‘membisu’

SAYA tertarik dengan penulisan berkaitan budaya membisu dalam mesyuarat. Saya juga pekerja yang selalu terbabit dengan mesyuarat antara jabatan dan kementerian mahupun seminar yang dianjurkan pelbagai agensi.

Saya juga bukan tergolong daripada kakitangan yang mempunyai gred tinggi walaupun sudah hampir tujuh tahun berkhidmat.

Saya kurang bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kebiasaan budaya membisu dalam mesyuarat rata-rata berlaku di kalangan kakitangan gred rendah. Budaya membisu datangnya daripada sesiapa saja tidak kira mereka itu berjawatan tinggi mahupun rendah dan jangan menidakkan kadang-kadang idea mereka yang bergred rendah adalah lebih baik daripada mereka yang gred tinggi. Budaya membisu biasanya berlaku kerana perkara berikut:

Tiada keberanian bersuara, ditakuti apa yang diutarakan akan diketawakan.

Tiada pengalaman yang berlaku di kalangan kakitangan yang pada zaman belajar tidak pernah terbabit dengan persatuan pelajar, kokurikulum seperti debat, syarahan atau apa-apa kegiatan yang membabitkan pengucapan.

Kadang-kadang pegawai yang berada pada mesyuarat tidak faham apa yang dibincang disebabkan mereka hanya menggantikan tempat orang lain.

Pegawai yang tidak membuat persediaan awal sebelum menghadiri mesyuarat, hadir hanya untuk memenuhi jemputan.

Kakitangan yang tidak serius berkhidmat.

Walaupun saya berjawatan kecil dan bergred rendah tetapi setiap kali mesyuarat, menjadi kewajipan saya untuk turut serta dalam mesyuarat dengan memberikan pandangan dan bertanya kerana saya berpendapat adalah satu kerugian jika mesyuarat tidak digunakan sebagai platfom penyelesaian masalah.

Selain itu, saya suka membawa imej jabatan di mana bila kita terbabit dan jika kita bersuara dalam mesyuarat, jabatan kita lebih dikenali.

Justeru, saya berpendapat, membisu dalam mesyuarat boleh dielakkan dengan membuat persediaan awal sebelum mesyuarat berlangsung dan perlu tahu apa akan dibincangkan.

Elakkan mengganti tempat orang lain kecuali mendapat pendedahan awal berkaitan perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat oleh orang yang perlu diganti.

Berani pada diri sendiri dengan mengatakan dalam hati bahawa apa yang kita ingin cakap adalah perkara yang ingin juga diketahui orang lain.

Elakkan berpendapat bahawa isu yang kita utarakan adalah perkara remeh. Niatkan dalam hati bahawa hadirnya kita pada mesyuarat berkenaan adalah untuk menaikkan lagi imej atau perkhidmatan jabatan kita.

Perbanyakkan pelantikan baru kakitangan yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam pengucapan awam. Setiap kali mesyuarat jabatan, ketua jabatan perlu mewajibkan kakitangan di bawah jagaannya membawa apa-apa isu untuk dibangkitkan seperti berlaku di jabatan saya dan hasilnya kini, semua orang berani bersuara.

Kita semua perlu mempercayai bahawa budaya membisu dalam mesyuarat adalah sesuatu yang amat bahaya kerana apabila ia berlaku, banyak perkara yang akan tertunda, lambat, tidak cekap dan tiada penyelesaian dapat diambil.

PEGAWAI KERAJAAN,
Putrajaya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s