>Bermulanya Sebuah Kisah

>Ramai yang berpandangan seni itu sesuatu yang menghiburkan atau seni itu adalah hiburan maka blog Seni HE ini berkonsepkan penceritaan tentang hiburan. Sebenarnya seni dalam erti kata HE adalah sesuatu yang sangat halus dari lubuk hati HE dan ia terpancar melalui tulisan HE di blog ini. Merujuk kepada Kamus Dewan, kata Seni itu bermaksud seperti berikut:

seni I halus (kecil, elok), tipis dan halus, enak didengar (suara), comel (bentuk badan): maka Perdana Menteri pun menyuruh melengkapi sebuah pilu diisinya dgn jarum yg ~-~ yg berkarat; bercelak ~ menggunakan celak yg halus; air ~ bh air kencing; hajat ~ rasa hendak ke sungai; hidupan ~ benda-benda hidup yg halus (bakteria, ameba, dll); peluh ~ peluh yg keluar dr badan orang yg sedang ketakutan dll; puteri yg ~ puteri yg halus kulitnya; suara yg terlalu ~suara yg lembut dan tinggi;

Begitulah erti seni pada pandangan HE. Walaupun HE tidak menafikan ada kecenderungan HE bercerita tentang seni dan industri hiburan tanah air namum ia lahir dari hati dan nurani HE yang seni ini.

Pada hari ini HE ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada sahabat HE yang dilahirkan ke dunia pada tanggal ini. HE juga ingin menyampaikan rasa sedih HE dan mendoakan kesihatan dan selamat sembuh kepada adik sahabat HE, Shy, kerana mengalami lecuran darjah ketiga akibat kebakaran. Semoga segera sembuh dan bersabar dengan ujian tuhan itu.

HE juga ingin mengucapkan tahniah kepada adik ipar HE, kerana selamat melangsungkan perkahwinannya pada hari semalam. Selamat menempuh alam rumahtangga. Kepada adik HE, selamat menempuh peperiksaan esok untuk diserap ke jawatan baru. kepada adik-adik perempuan HE selamat bercuti semesta.

Kepada isteri HE, selamat bekerja selepas bercuti panjang, terima kasih kerana memberikan hadiah ini untuk sambutan kelahiran. Blog ini menifestasi cenderahatimu. Kepada anda semua, terima kasih kerana menyokong HE dan diharapkan kita dapat bersua dan persahabatan kita akan berkekalan. Salam dari hati yang seni ini.

HE

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s