>Malaysian Idol – Week1

>Cabaran 12 finalis Malaysian telah pun bermula di Seri Pentas 2. Kesempatan untuk menonton program ini memang tidak saya lepaskan kerana satu lagi program pencarian bakat Malaysia membuka lembarannya.

Pada kali ini saya tidak akan komen setiap finalis yang membuat persembahan. Komen individu akan dibuat apa bila tinggal 9 orang nanti. Apa-apapun kita lihat barisan persembahan pada Jumaat lepas.

1. Saiful – Seribu Impian (Casey)
2. Sufiah – Didn’t We Almost Have It All (Whitney Houston)
3. Victor – If I let You Go (Westlife)
4. Rydee – I’m Like A Bird (Nelly Furtado) 
5. Fazly – This Love (Maroon 5)
6. Jac – Keliru (Ruth Sahanaya)
7. Andrew – Angels (Robbie Williams)
8. Dina – When You Believe (Mariah Carey/Whitney Houston)
9. Vick – Walk Away (Craig David)
10. Zamil – Januari (Glen)
11. Nikki – Crazy Of Love (Beyonce)
12. Fahmy – Sonata Musim Salju (Hazami)

Mengecewakan. Begitulah ayat yang pling sesuai untuk saya katakan persembehan keseluruhan minggu ini. Minggu tema pop yang dipilih pada minggu pertama ini sepatutnya memberikan peluang kepada peserta menampilkan lagu pop kegemaran mereka. Terlalu banyak lagu pop yang boleh dijadikan pilihan. Tambahan pula kebanyakan mereka ini melalui audition dengan kebanyakan lagu pop yang bersesuaian dengan suara mereka. Apa yang berlaku mereka terlalu mencuba untuk menampilkan kelainan dan akhirnya menjerat persembahan mereka tersendiri.

Peserta yang boleh diberikan kredit adalah:

1. Dina
2. Jac

Yang lain nampaknya tidak berapa serasi dengan lagu yang dipilih. Agak mengecewakan saya Sufiah dan Nikki kerana memilih lagu yang bukan menunjukkan kekuatan mereka. Saya menjangkakan Nikki akan memilih lagu-lagu Mariah Carey dan Sufiah akan tampil dengan lagu lagu Christina Aguilera.

Jangkaan penyingkiran – Victor

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s