>PGL – Epik Dongengan dan Legenda Penuh Warna

>Melihatkan promosi besar-besaran PGL, saya terlihat arah baru dunia perfileman Melayu. Pemasaran dalam filem melayu ada peningkatan sejak beberapa tahun yang lalu. Jika tidak masakan ada filem-filem yang tidak ditayangkan di Malaysia masih boleh meneyrtai pertandingan-pertandingan dan festival-festival filem tersohor dunia.

Puteri Gunung Ledang (PGL) dijangka akan menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa kerana produksinya juga melibatkan semua lapisan masyarakat di Malaysia. Saya mendapat tahu beberapa kesan khas digunakan dalam filem ini untuk adegan-adegan mistikal sesuai dengan cerita-cerita dogengan.

Apa yang menjadi penantian saya adalah apakah takrifan penulis cerita ini atau versi apakah yang diguna pakai oleh naskah ini dalam menterjemahkan siapa PGL itu. Setahu kita Hang Tuah tidak sampai pun ke puncak Gunung Ledang untuk bertemu PGL kerana ribut taufan semasa pendakian ke Gunung Ledang. Yang hanya dibawa oleh Hang Tuah hanyalah pesanan hantaran-hantaran yang diperolehi Tun Mamat yang meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Ledang. Jadi percintaan antara PGL dan Hang Tuah merupakan terjemahan atau versi yang pastinya menarik dengan beberapa persoalan?

Yang pasti biarkan sahaja persoalan bermain di kepala sehingga tiba waktunya 31 Ogos 2004 apabila tayangan ke seluruh negara bermula. Puteri Gunung Ledang – sebuah kisah Cinta Agung.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s