>Malaysian Idol Finalist

>Sudah pastilah sekarang barisan 12 peserta akhir Malaysian Idol. Mereka akan memulakan pesembahan secara live pada jumaat ini di Seri pentas 2 Shah Alam. Sebelum kita berbicara lanjut, kita lihat dulu senarai finalis yang akan bertarung untuk merebut gelaran Malaysian Idol.

1. Ahmad Zamil (Zamil)
2. Faradina Mohd. Nadzir (Dina)
3. Toe Hui Mau (Vick)
4. Andrew Tan Khin Huat (Andrew)
5. Fazdli Zainal (Fazly)
6. Lee Choon Keat (Victor)
7. Jacklyn Joshua (Jac)
8. Mohd Fahmy Zakaria (Fahmy)
9. Mohd Saipul B. Bakeri (Saiful)
10. Rydiana Abdul Rahim (Rydee)
11. Nicolette Palikat (Nikki)
12. Sufiah Mohamed Noor (Sufiah)

Saya mengharapkan persembahan peserta hebat-hebat belaka. Proses saringan yang dilalui begitu hebat. Mereka yang yang tampil memang berbakat dan tahan dengan cabaran dan dugaan.

Jika kita menonton rancangan American Idol, ada beberapa minggu yang mereka panggil tribute. Iaitu persembahan peserta berdasarkan lagu-lagu daripada penyanyi tertentu. Dalam kata lain tema persembahan pada minggu itu mengikut genre sesebuah lagu. Andaikan sekiranya salah satu minggu tersebut, juri telah memilih untuk tribute kepada penyanyi Noraniza Idris. Agak-agaknya bagaimana rupanya finalis ini melagukan Awalah Dondang, Tingting, Dikir Puteri dan Hati Kama.? Saya teringin untuk melihatnya.

Jika tidak pun apa salahnya menyanyikan Cindai, Ya Maulai, Balqis dan sekurang-kurangnya Lagu Rindu nyanyian Siti Nurhaliza. Bukankah mereka memburu title Malaysian Idol? Maka tak lengkaplah jika mereka tidak menyanyikan lagu-lagu berirama etnik Malaysia. Tak gitu?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s