>Malaysian Idol – Wildcard

>Pada minggu ini Malaysian Idol memulakan cabaran 8 peserta berpotensi hasil pemilihan juri-juri. minggu perserta wildcard ini benar-benar mencabar kerana terpaksa memilih satu daripada 8 orang yang dianggap terbaik.
Walaupun 2 tempat disediakan tetapi pemilihan satu tempat terakhir akan dibuat oleh juri.
Pening juga kepala untuk memilih yang dua peserta ini kerana mereka ini mempunyai persembahan yang unik dan mengagumkan. Apa-apa pun tunggu sahaja pemilihan Malaysian. Rata-rata persembahan pada Jumaat lalu sungguh hebat.

Sufiah Mohd Nor (Sufiah)
Beliau merupakan pilihan saya semasa workshop 1. malang sekali tidak terpilih. Mempertaruhkan lagu nyanyian Anita Sarawak, Akhirnya kini pasti, begitu mempersonakan saya. Benar kata Roslan. Sufiah akan mencabar peserta-peserta lain di peringkat akhir sekiranya dia terpilih menerusi wildcard ini.Walau bagimana pun saya hanya berharap peserta lain untuk terpilih melalui undian Malaysian dan Sufiah terpilih melalui pilihan juri.

Foo Cyong In (Yin)
Bertanding semasa workshop ketiga. Pada kali ini tampil melalui Colors of the wind, Vanessa Williams. Penghayatan yang baik tetapi telo masih ketara. Persembahan vokal juga menarik.Overall biasa je.

Farizuddin Mohd Taid (Fariz)
Satu-satunya peserta lelaki untuk minggu wildcard ini. Memilih lagu Anuar Zain nampak serasi dengannya. Lontaran suaranya hebat.Persembahan “Mungkin” dari Fariz ditafsir sendiri tanpa lenggokkan Anuar Zain. Bukan calon pilihan tentunya.

Rydiana Abdul Rahim (Rydee)
Bukan pilihan saya sebelum ini dan dan juga pada kali ini. Pada saya suara hidungnya begitu ketara dalam lagu “falling” Alicia Keys. Walaupun dipuji oleh Roslan , Jee dan Paul, saya rasa dia kurang menyerlah. Tunggulah peluangnya nanti.

Marziatul Syima Ahmad Tarmizi (Syima)
Pilihan saya semasa workshop 1. Mungkin tak ada rezeki. Careless Whisper terjemahan Syima sebenarnya sungguh menarik tapi terlalu berhati-hati. Maklumlah bertanding bersama yang terhebat. Walaupun juri tidak menyukai syima, Apa-apa pun attitude syima amat saya sukai kerana ternampak keyakinan pada apa yang dibuatnya.

Musrinieyanty Mustafa (Rinie)
Bukan pilihan saya juga. Suara hebat melalui nyanyian lagu Siti Sarah, Ke Hujung Dunia. walau bagaimanapun masih ada yang hebat berbanding rinie. Sorry to say rinie. try next time.

Nicolatte Palikat (Nikki)
Pilihan saya dari audition semasa di Kuching lagi. Suara whistle yang pernah dilakukannya semasa audition dan juga workshop 1 memang meremang bulu roma. Pada kali ini dia memilih The voice within nyanyian Christina Aguilera. Superb girl. Well done. Akan menjadi pilihan Malaysia dan saya mengharap dia akan menjadi finalist. Ye benar kata Abang Roslan, malaysian please vote for her.

Farhana Mohamed (Hana)
Gummybear ini tak meyakinkan. Masih banyak masa untuk Hana.

Pilihan saya : Nikki
Jangkaan Pilihan Malaysian : Nikki

Pilihan saya : Sufiah
Jangkaan Pilihan Juri : Sufiah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s