>Malaysian Idol – Workshop 2

>

Minggu kedua, workshop kedua, kumpulan kedua menampilkan bakat untuk meniti gelaran “Malaysian Idol”. Sebelas peserta bertarung untuk meraih undi selepas Vick, Dina dan Zamil yang telah mengsahkan tempat ke peringkat seterusnya. Seperti biasa, Sentimental adalah alunan pilihan kesemua peserta kecuali seorang peserta yang membawakan lagu agak “upbeat”.

Nurhaslinda Husain (Amanda)

Lagu Give Me One Reason nyanyian Tracy Chapman memang berlainan dan jarang dipilih oleh peserta dalam pertandingan nyanyian di negara kita. Versi Amanda menarik perhatian saya walaupun Paul Moss mengatakan Amanda hanya layak sebagai penyanyi latar. Kita lihat banyak penyanyi popular seperti Mariah Carey bermula sebagai penyanyi latar. Amanda favorite saya untuk Workshop 2 ini.

Harfisza Feszy (Fisza)
Lontaran vokal memang baik. Walau bagaimanapun kawalan pernafasan Fisza agak goyah apabila menyanyikan nada tinggi. Ada beberapa bahagian nada tingginya cantik tetapi akibat teknik pernafasannya menjadikan sedikit longgar. Roslan berpendapat pronounsation agak kemelayuan manakala Jee pula sukakan penjiwaan Fisza. Apa juga komen juri, Fisza menjadi pilihan saya kerana beliau mempunyai potensi sebagimana Paul Moss katakan “You have potential in your voice and style but you didn’t show it”.

Hairi Anwar Amirusin (Hairil)
Bakat Sabah ini tampil dengan lagu pop Klasik “The way you are” nyanyian Josh Groban. Josh memang dikenali dengan suara tenor. Sukar membawa lagu ini sekiranya tenik penyampaian dan latihan tidak dikiti dengan betul. Nyanyian Hairil boleh dipuji atas usahanya mencari kelainan tetapi beliau bukanlah favorite saya.

Andrew Tan Khin Huat (Andrew)

Satu lagi lagu nyanyian Josh Groban dan kali ini oleh Andrew. Walaupun tidak bersuara tenor, Andrew bijak mengawal vokal, biarpun tak berapa baik. Saya pasti ramai wanita khususnya berbangsa cina akan mengundi Andrew. Dia mempunyai pakej menarik. One of my favorite juga.

Aifa Ashma Mobil (Aifa)
Lagu tailor made for Sheila Majid Dia dipilih. Seperti kata Roslan sukar untuk menyanyikan lagu tersebut kerana dibuat khusus untuk Sheila Majid dan jarang ada penyanyi yang dapat menyanyikan lagu tersebut sesedap Sehila. Pun begitu Aifa berjaya menambat hati Roslan. Pada saya Aifa tiada membawa kelainan dalam persembahan seorang yang bakal mmenjadi Malaysian Idol. Benar kata Paul Moss, persembahan yang membosankan.

Zaiyanis Mohamad Zin (Anis)
Bakat berstatus ibu ini mungkin menjadikan Fantasia Barrino sebagai sumber inspirasi. Pun begitu nyanyian beliau tiada yang outstanding. Roslan dan Jee berpendapat kawalan vokalnya bagus tapi bagi Paul – “Not the right show”.

Musrinieyanti Mustafa
Paul Simon pernah berkata, tiada penyanyi yang boleh menandingi Whitney Houston untuk lagu Greatest Love Of All. Pemilihan Rinie untuk menyanyikan Greatest Love of All menampilkan keupayaan Rinie menyanyikan lagu ini dengan baik. Sungguhpun begitu menjadi kedua terbaik selepas Whitney bukan tujuan utama Malaysian Idol.

Lee Choon Keat (Victor)
Pronunciation lagu Belaian Jiwa masih ada telo. Biasa sahaja persembahan Victor.

Rydiana abdul Rahim(Rydee)
Sebuah lagi lagu Whiteney Houston. “I Believe In You And Me” dari soundtrack Preacher’s wife. Rydee terlalu banyak lenggok sehinggakan menidakkan originaliti melodi. Style Christina Aguilera sering digunakan menyebabkan tahap kesengauannya terlampau.

Nooraisha Farizan Abu Bakar (Aisha)
Sebuah lagu Mayang Sari iaitu Tiada Lagi dipilih Aisha. Simple sahaja persembahannya.

Fazdli Zainal (Fazly) “Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta” menjadi pertaruhan. Tone Fazly sedap didengar namun nyanyiannya biasa sahaja. Feel yang baik dari Fazly dan diakui oleh Jee. Pakaian walaupun hebat tetapi bukan menjadi komen saya. Pakai seluar dalam dan baju ala-ala coli pun boleh menjadi star!!!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s