>Bangsawan Tun Fatimah

> Tajuk: Bangsawan Tun Fatimah
Tarikh: 9-18 Julai 2004
Tempat : Istana Budaya

Agak ramai yang menonton Bangsawan Tun Fatiham pada hari pembukannya pada 9 Julai 2004 yang lalu termasuklah saya. Ruang legar Istana Budaya bukan sahaja penuh dengan orang ramai tetapi bahan-bahan pameran berkaitan dengan persembahan yang akan berkahir pada 18 Julai nanti. Tidak ketinggalan pameran wanita-wanita cemerlang di Malaysia, dari Tun Dr. Siti Hasmah sehinggalah penyanyi molek Siti Nurhaliza.

Persembahan pada malam it dimulakan sebagaimana lazimnya sesebuah pementasan Bangsawan iaitu “lawak jenaka” pemilik panggung. Walaupun ada unsur-unsur jenaka tetapi rasa-rasanya pada malam itu, senyap pulak Panggung Sari Istana Budaya. Mungkin audiance tengah khusuk menantikan peneraju watak malam itu, Jehan Miskin dan Fasha Sandha.

Tirai panggung Bangsawan Seri Istana malam itu dibuka selepas tarian pembukaan yang rata-ratanya saya lihat tidak syncronize.

“Tak mengapalah”, kata seorang rakan saya. “Malam Pertama”, tambahnya lagi.

Bagi saya agak mengejutkan. Sepatutnya pada malam pertama ini setiap yang terlibat sudah pastilah bersedia untuk mempersembahkan apa yang mereka usahakan. Rupa-rupanya tak cukup lagi latihan mereka ye?

Sesudah tirai dibuka, tersergam indah set Balai Rong Seri Istana Melaka. Walaupun indah, suasananya sugul kerana diselubungi kesedihan atas memangkatan Ke Bawah DYMM Pemaisuri Melaka. Kerana kesunyian itu, Bendahara Dato’ Seri Maharaja menawarkan diri untuk mencarikan jodoh buat Sultan Melaka. itulah tanda setia Bendahara kepada rajanya. Rasa-rasanya ada lagi ke orang nak buat macam tu sekarang.?

Dalam masa yang sama, anakanda Bendahara, Tun Fatimah (lakonan Fasha Sandha) diceritakan sebagai seorang wanita cantik dan sudah mempunyai teman dalam hidupnya iaitu Tun Ali (Jehan Miskin). Dalam satu babak mereka bermadu asmara tiba-tiba rakan saya berbisik.

“Wow!!!, Tun Ali menyanyi lagu ala-ala R&B untuk Tun Fatimah la”. Saya hanya tersenyum.

Tun fatimah telah berkahwin dengan Tun Ali dan pada hari persandingannya itu Sultan Melaka mencemar duli untuk merestui mempelai namum agak memeranjatkan mempelai tidak direstui. Konflik cerita ini bermula. Dan menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita, hasutan dan fitnah menjadi mainan untuk mengukuhkan kedudukan. Raja Mandaliar dengan bantuan orang kuatnya Kitul dan Komeng menggunakan cara ini untuk menghilangkan pengaruh Bendara dalam pemerintahan Kesultanan Melaka. Keluarga Bendahara dibunuh tanpa usul periksa Sultan kecuali Tun Fatimah (biasala kalau pemerintah beraja dimata bersultan dihati).

Akibat pembunuhan tersebut Tun Fatimah menjadi seorang yang tabah dan berusaha untuk membalas dendam terhadap pembuat fitnah. Akhirnya Sultan sedar akan kesilapannya dan si pembuat angkara menerima balasannya. Kisah ini sememangnya telah kita ketahui dari Sejarah Melayu.

Walaupun perkisahan cerita ini berlatarkan zaman lampau tapi iktibar kisah ini seharusnya menjadi panduan kita pada hari ini. Berapa banyak yang kita lalui dalam kehidupan ini sebenarnya satu pelajaran yang amat berguna tetapi sejauh manakah kita mempelajarinya dan tidak mengulangi kesilapan itu.

Tun fatimah mungkin tinggal sejarah tetapi apa yang diperjuangkannya iaitu keadilan mesti terus diperjuangkan. Dunia semakin bergolak, yang besar menidas yang kecil tetapi sekiranya kita mengambil iktibar, perancangan strategi yang baik serta bersatu ke arah perjuangan akan membuahkan apa yang kita usahakan.

Sekaluh tahniah kepada Fasha Sandha atas lakonannya. Nampak baik bagi seorang pelakon baru sepertinya. Mungkin sudah biasa berada di atas pentas. Raut wajah dendam dan kesedihan Tun Fatimah ternampak dalam permainan watak yang dibawa Fasha. Jehan pula perlu ada kesungguhan dalam penghayatan watak. Agak kurang bermaya bagi pandangan seorang penonton yang tiada sarjana dalam lakonan walaupun kareograf pencak silat nampak cantik namum emosiinya tidak mendalam. Saudara Ismahalil sangat bijak dalam permainan watak dan seperti Haeriyanto, kerakusan watak Raja Mandeliar tersemat dalam sanubarinya. Veteran Drama dan pentas Hsiham Ahmad Tajudin, terserlah walaupun ada beberapa line yang tersasul. Keseluruhannya 3*/5. Tahniah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s