Posted by: hairieusoff on: Oktober 30, 2009

1. 24 Oktober lepas, Mid Term Presentation HE. Dan Pada Rabu lepas keputusan dan komen Profesor sudah boleh diperolehi.
2. Selain membuat pertanyaan semasa pembentangan, Profesor juga akan memberikan gred terhadap pembentangan kita dan mereka juga akan membuat komen untuk penambahbaikan.
3. Hasil pembentangan HE, separuh mendapat A dan separuh mendapat B. Alhamdulillah, pastinya Allah memberi dengan hasil kudrat dan usaha kita yang setimpal.
Kata Bonda
Bersusah susah dahulu,…..
4. Sahabat HE dalam program yang sama mendapat A keseluruhannya. Dia seperti sudah dijangka kerana kerja kerasnya bermula dari awal semester. HE? sendiri mahu ingat la kan?
5. Tidak kurang juga ada yang mendapat C. Sebenarnya C itu adalah tahap cukup-cukup makan tetapi masih lulus.
6. Berdasarkan komen semua Profesor, banyak juga yang HE perlu pertimbangankan untuk rancangan seterusnya dalam penulisan tesis dan pembentangan terakhir (final presentation).
7. Banyak perkara kita pelajari khususnya dalam pembentangan ini. Pertamanya, adalah dalam pengajian di Jepun, hasil kajian mesti memastikan dapat direalisasikan dalam kehidupan. Dalam kata lain, hasil kajian perlu dikomersilkan.
8. Perkara kedua, hasil kajian mestilah mempermudahkan kehidupan. Tambahan pula di Jepun ini semakin lama semakin mahu mudah hidup mereka. Walauun mereka ini bekerja kuat macam tiada siang malam, tetapi matlamatnya tetap mahu memudahkan kehidupan. Agaknya sebab mereka ini semakin stress agaknya dan sebab itu keinginan untuk memudahkan sesuatu perkara sangat ditingkatkan.
9. Apa juga perkara tersangkut dalam hal kajian, HE kira yang penting kita perlu tahu selok belok kehidupan hita untuk menambah baikkannya.
Posted by: hairieusoff on: Oktober 28, 2009

1. Selepas Mid-term Presentation, cuacanya hujan. Cadangan keluar selepas itu, batal.
2. HE dan rakan serta keluarga keluar hari berikutnya, Ahad.
3. Kebetulan, pada hari yang sama ada ada Shonandai Fantasia (Shonandai, pekan terdekat dengan rumah HE). Cadangannya hendak memakan sushi, langsung terus menyaksikan perarakan yang kebanyakannya persembahan tarian.
4. Adia teruja menyaksikan brass band dan tarian-tarian tradisonal Jepun dan sesekali menggerakkan badan seperti penarinya. Pun begitu dia tergamam sebentar melihat wanita-wanita Samba yang “separuh telanjang” dalam cuaca sejuk. Terpegun melihat kemampuan mereka menahan sejuk agaknya. *)