Malaysia: Peperangan Strategik Antara Timur Barat dan Dilema Melaka

Strait of Malacca aka Selat Melaka

1. Donald B. Freeman dalam bukunya Straits of Malacca: Gateway Or Gauntlet? telah menyatakan bahawa sejak Zaman Empayar Sri Vijaya malah sehingga Kesulatanan Melaka, selat Melaka merupakan laluan strategik dunia.

2. Ia boleh dibaratkan sama seperti Terusan Suez dan Panama yang menjadi rentas pendek benua Timur dan Barat. Memandangkan ia merupakan laluan kritikal, tanah di sekitarnya seperti Sumatera, Tanah Melayu dan Singapura bagai emas berkoyan untuk dimiliki.

3. Sejarah telah memuktikan bahawa negara yang wujud ini adalah lepasan jajahan seperti British, Belanda dan Portugis. Sehingga zaman ini, tanah-tanah ini telahpun merdeka dari penjajahan, tetapi buruan untuk menguasai secara halus kedaulatannya tetap menjadi agenda pihak tertentu. Dalam kata lain pihak luar khususnya Barat akan menjadikan rantau ini satu ruang jajahan halus mereka.

4. Pada akhir dekad 80an, setelah krisis ekonomi melepasi rantau Asia Tenggara dengan beberapa taring ekonomi jelas kelihatan, dunia semakin sedar akan potensi rantau sebelah sini, khususnya Malaysia dan Indonesia. Singapura yang sebelum ini telah mendahului merasakan ada pesaing yang bakal mencabar mereka.

5. Singapura yang dilihat sebagai negara pelabuhan, merasakan ancaman industri mereka yang dipegang kian lama bakal terancam. Malaysia meletakkan pesisir pantai baratnya dengan dua pelabuhan yang kian naik iaitu Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang. Diperkukuhkan lagi dengan Dermaga TLDM di Lumut menjadikan Selat Melaka satu yang sangat strategik baik dari segi geopolitik mahupun ekonomi. Tamabahan pula pada 13 Mac 2000, Malaysia merasmikan pelabuhan baru di selatan Johor iaitu Pelabuhan tanjung Pelepas dan ini memberikan satu impak besar kepada Singapura.

6. Shanta Maree Surendran dalam artikel Bypassing the Malacca Strait: China circumnavigating ‘Risk-Prone’ Conduit to secure Energy Contingencies menyatakan Selat Melaka bagai Salur Utama Jantung di Asia Tenggara. Maka jelas sekali Selat Melaka merupakan nadi besar kepada iklim ekonomi dan strategik dunia.

7. Usaha memiliki rantau ini oleh Barat memang jelaskerana secara eokonomi, China mempunyai pasaran terbesar. Iklim perdagangan China dilihat sebagai satu ancaman kepada Barat khususnya Amerika. Bagi mengimbangi kekuatan China pada masa akan datang, Jepun dan Korea sahaja tidak mampu mengekang secara mutlak penguasaan China kerana jantung dan nadi perdagangan China masih belum dikuasai Barat.

8. Usaha Barat memiliki Asia Tenggara dan Asia Timur kian jelas apabila krisis mata wang mengancam negara-negara seperti Korea, Thailand, Indonesia dan Malaysia pada tahun 1997.

9. Menggunakan regim Bank Dunia dan Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF), negara-negara yang mengalami kejatuhan mata wang melalui krisis yang diusahakan penyangak mata wang, negara-egara yang kurang bijak terpaksa menerima pelan pemulihan ekonomi badan kewangan antarabangsa tersebut. Pelan yang sama juga sebenarnya adalah satu cara mengikat ekonomi untuk diliberalkan. Ia mengakibatkan penguasaan ekonomi bukan lagi milik negara tersebut, malah telah melepaskan pengurusannya kepada tangan luar. Dan inilah kehendak mereka.

10. Selain penguasaan ekonomi, kaedah ini sebenarnya satu cara mencorakkan sosio dan budaya sesebuah negara.

11. Apabila Suharto menandatangani perjanjian pakej ekonomi IMF pada tahun 1998. Pada saat itu, ruang tekanan kepada Suharto bermula. Kita melihat, rakyat Indonesia diapi-apikan dengan kes rasuah Suharto agar kerajaan Indonesia ditumbangkan. Tumbangkan Saddam Hussin di Iraq menggunakan peperangan secara ketenteraan tetapi di Indonesia, Barat menggunakan api yang dibakar dari dalam. Hasilnya Suharto terpaksa turun dan pemimpin baharu dengan ideologi selari Barat diangkat.

12. Perubahan pemerintahan ini menjelaskan kepada kita tentang perubahan iklim kehidupan Indonesia. Indonesia yang selama ini merupakan negara yang mempunyai umat Islam paling ramai akan diliberalisasikan. Sebagai contoh, zaman pemerintahan Suharto, pertandingan Ratu Cantik seperti menghantar wakil ke Miss universe, World dan sebagainya tidak dibenarkan pemerintah. Pelopor larangan ini iaitu Menteri Wardiman Djojonegoro hanya mampu menidakkanya sehingga pemerintahan Suharto tumbang dan bermula tahun 2004, Indonesia kembali menghantar wakil dan pada tahun 2013 pula menjadi Host kepada pertandingan Miss World. Perubahan sosio budaya ini mencerminkan jajahan baru umat Islam di sana.

13. Sama seperti Indonesia, Thailand juga akhirnya tunduk kepada IMF dan usaha tersebut digunakan memporak perandakan selatan Thailand yang berjiran dengan Malaysia.

14. Krisis Kewangan 1997 masih belum berjaya menambat Malaysia yang merupakan pesisir utama Selat Melaka dan Laut China Selatan. Kegagalan menguasai Malaysia telah menjadikan Barat khususnya Amerka yang mahu mempercepatkan dominasi dunia dan mengenepikan penguasaan China dalam ekonomi dan pasaran dunia terpaksa melakukan kaedah rebutan yang sama dengan Indonesia, Syria dan Mesir.

15. Pembangkang dijadikan saluran utama membakar hati rakyat untuk memberontak sebagaimana di Indonesia menjatuhkan Suharto, Di Mesir menjatuhkan Hosni Mubarak dan di Syria mahu penjatuhkan Assad. Di Malaysia, situasi ini begitu genting pada Pilihanraya ke-13 yang lalu yang dianggap satu cubaan menjatuhakan kerajaan sedia ada tetapi masih tidak berjaya.

16. Usaha tersebut adalah kemuncak berdasarkan beberapa usaha lain untuk goncang kestabilan Malaysia. Usaha paling jlas ialah mengmecahkan perpaduan dan hubungan sesama rakan di Asia Tenggara. Ancama budaya Malaysia dan Indonesia sengaja dimainkan media berpangkalan di Singapura. Isu “klaim” budaya oleh masyarakat Indonesia terhadap Malaysia diapi-apikan bagai meledak konfrantasi semasa penubuhan Malaysia.

17. Selain itu, kestabilan di Selatan Filipina cuba diganggu gugat setelah kejayaan Malaysia mendamaikan puak pemisah Moro dengan kerajaan Filipina. Walau bagaimanapun usaha dilakukan m¥untuk mengucar kacirkan rantau tersebut dengan pencerobohan di Lahad Datu tempoh hari.

18. Kerjadian di Selatan Thai juga meruapak kerja-kerja tangan hasutan ini bagi melihat kestabilan persekitaran Asia tenggara tercalar dan dengan itu, Malaysia ungkin terjerumus dengan kekalutan ini. Alhamdulillah, perkara ini tidak mengetarkan semangat juang sebahagian rakyat dan pemimpin di Malaysia.

19. Diandaikan, sekiranya Malaysia jatuh ke tangan kuasa asing melalui pemberontakan yang diharapkan oleh pihak luar ini, satu kepastian pangkalan tentera akan secara strategik diletakkan di laluan Selat Melaka dan ini akan menjadi ancaman kepada China. Apakah Port Dickson akan dijadikan pangkalan tentera asing pertama di Malaysia?

20. Satu kertas kajian oleh Chen Shaofeng dari Universiti Peking menyatakan China meningkatkan pengukuran terhadap hal strategik mahupun okonomi mereka khususnya kesan secara langsug di Asia Tenggara yang dipanggil Malacca Dilemma atau Dilema Melaka.

21. Apakan maksud Dilema Melaka ini

The “Malacca dilemma” denotes such a delicate situation where China has a high dependence on the Strait of Malacca in terms of both economic security and geopolitical security, but little sway that Beijing can exert upon the waterway has made it susceptible to foreign risks. It was said that President Hu Jintao referred to such a strategic vulnerability as the “Malacca dilemma” and called for the adoption of new strategies to mitigate the perceived vulnerability.

22. Mengekalkan kestabilan ekonomi dan kekuatan ketenteraan adalah keperluan China bagi mencapai status kuasa dunia. Kedua-dua kuasa ini perlu dicapai dengan risiko besar di Selat Melaka yang menjadi saluran utama mereka.

23. Hubungan baik Malaysia-China ketika ini dilihat satu alat yang kuat menangkis cubaan Barat menghapus pasaran China. Apakah Dilema Melaka ini meberikan kebaikan kepada Malaysia? Atau ia amat menggerunkan sebagaimana Era Zaman Empayar Melaka?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s