Blog HE

Kelahiran Arisa Amani

Posted by: hairieusoff on: Ogos 25, 2008

Maklumlah orang tengah gembira. Gambar diletak begitu banyak walaupun kalian boleh melihat di Flickr.

Surippa, originally uploaded by hairieusoff.

Gambar selipar klinik Yoshida ini diambil semasa menunggu isteri HE di dalam proses melahirkan Arisa. DI HUKM dulu, HE sama-sama masuk melihat kelahiran Adia. Di sini, tidak dibenarkan.

Arisa Amani 3, originally uploaded by hairieusoff.

Gambar Arisa di wad sementara yang berkongsi 4 orang sebelum dipindahkan ke bilik sendiri. Masa ini Arisa masih di bawah jagaan jururawat. Mama pergi menyusukan Arisa di tempat lain. Waktu ini Mama diminta berehat dengan secukupnya.


Arisa Amani 1
, originally uploaded by hairieusoff.

Jadual yang ketat oleh Klinik kepada ibu-ibu yang sudah bersalin. Ada sesi taklimat setiap pagi untuk menjaga bayi dan perkara berkaitan penjagaan diri (mama).

Meal, originally uploaded by hairieusoff.

Ini adalah makanan ibu-ibu “berpantang” Jepun (tak tahu la jepun ni ada pantang ke tidak)  yang disediakan oleh Klinik kepada Mama. Ada Ikan bakar, Tofu, Betik, Peria, Sup miso dan nasi.
Papa Tsukareta, originally uploaded by hairieusoff.
Papanya sangat penat menunggu. Sempat pula Adia ambil gambar Papanya terlelap sekejap. Tahu-tahu, penuh dah kad memori kamera tu dengan gambar yang Adia ambil.

Room Yoshida Clinic, originally uploaded by hairieusoff.

Bilik di hospital. Mama duduk seorang. Kerja mama tengok Olimpik.

Nurse n Mama, originally uploaded by hairieusoff.

Penyerahan Arisa kepada Mama semasa keluar hospital. Macam ada majlis pula. Semua ibu-ibu menunggu jururawat untuk memberikan anak. Ada yang bawa kamera video. Kalau DSLR tu belambak diorang bawa. HE setakat digicam biasa aje.

Arisa Amani n Papa, originally uploaded by hairieusoff.

Papanya bergambar depan Klink Yoshida. Arisa malu agaknya. Sebab itu dia tutup muka. Papanya terkial-kial mendukung Arisa, maklumlah dah 4 tahun tidak mendukung bayi.

Arisa Amani 2, originally uploaded by hairieusoff.

Arisa sudah 10 hari.

Arisa Amani 5, originally uploaded by hairieusoff.

Arisa sudah 12 hari.

Arisa Amani , originally uploaded by hairieusoff.

Arisa kenyang selepas disusukan oleh mamanya. Muncungnya.

8 Respons kepada "Kelahiran Arisa Amani"

Tahniah,

Mudah-mudahan makin betambah rezeki.

Tak jadi pangkal A-Z.
Tukar Double A. Comei.

.

Salam He..putihnya baby He…cute sangat………. sy nak ucapkan selamat menyambut menyambut bulan ramadhan utk He n semua…

Allhamdullillah…. semuanya selamat.

Tahniah….. mcmana reaksi Adia? pasti dia jugak gembira dapat teman mainan baru…
comel….

Such a cute baby!

ps: bentonya dah sampai… :D thx a lot. kiraannya gimana ya?

waahhh…comel btul arisa…

Comelnye Arisa…
Hait..!!

dear bos, belated congrats on ur new born princess =) tk care of kak zura n both princesses as well..

Tinggalkan jawapan