>
Seaweed, originally uploaded by hairieusoff.
Teringin makan rumpai laut? Rupanya seperti di atas. Beberapa hari HE rasa perkumuhan tidak lawas dan HE cuba makan rumpai laut selain merupakan makanan baru dan ia juga dikatakan fiber yang tinggi.
Bau memang hanyir, bau-bau laut seperti ikan-ikan dan untuk menghilangkan baunya, HE letakkan dressing yang boleh mengalihkan bau tersebut sewaktu makan seperti minyak zaitun dan bawang-bawangan. Kalin boleh cuba jika mahu. Ibarat mengunyah agar-agar yang kenyal-kenyal sifatnya.
Seperti di dalam gambar, ia bukan sahaja ada satu jenis tetapi ada beberapa jenis dan warna yang HE juga tidak tahu namanya.Walaupun begitu, ia dikatakan mempunyai kemampuan untuk menyembuhkan batuk kering, Gout, Influenza, kecacingan dan malah tumur.
>owh…macam ulam2 gitu~
>wow such medicinal value, blh la abaikan bau2 tu… and looks like plastic, berkilat
>hari tu makan kat sabah…kat kl ni tak tau nak cari kat mana..boleh tolong bagi tau sesiapa yg tau