Posted by: hairieusoff on: Mac 4, 2008
HE mendapat e-mel ini yang bertajuk Jelatang ..hidden agenda. Katanya ada beberapa potongan ayat di dalam skrip siri jelatang ada mengandungi petikan ayat dari Injil. Kepada sesiapa yang ada menontonnya, betulkan ada skrip tersebut kerana HE tidak mengikutinya.
Di bawah adalah kandungan e-mel tersebut:
Sedang saya menyiapkan artikel bertajuk ‘Mereka Ingin Meminjam Allah….” (InsyaAllah saya akan muatkan postingnya esok & kemudian akan saya sambung posting berkenaan perkahwinan Rasulullah s.a.w.) Saya terdengar dialog yang diucapkan oleh seorang watak lelaki dalam drama Jelatang (8 Januari 2008) tersebut. Apabila saya amati dan menumpukan perhatian, kelihatan satu watak (menurut isteri saya bernama Salman… jika salah maafkan saya kerana saya tidak mengikuti cerita tersebut) sedang membaca sekeping surat dihadapan seorang gadis yang terlantar sakit di hospital. Saya tidak mengetahui apa ceritanya perempuan itu terlantar sakit, tetapi yang saya tahu kata-kata yang sedang diucap tersebut merupakan kata-kata yang ditulis oleh ibu lelaki tersebut kepada perempuan yang sakit itu.
Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengamati bait-bait dialog yang sedang diucap tersebut ialah kerana saya seakan-akan pernah mendengarnya di suatu tempat yang lain. Kalau tak silap saya ia berbunyi sebegini…
Ibu manakah yang jika anaknya minta ikan dari padanya, dia akan memberikan ular kepada anaknya itu sebagai ganti ikan?Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?
(ed- lebih kurang begitulah bunyinya.)
Oleh kerana semasa menulis artikel “Mereka Ingin Meminjam Allah..” saya menggunakan Tafsir Al-Qur’an dan dua buah Bible dalam simpanan saya untuk dibuat rujukan, maka dengan secara tidak langsung saya teringatkan kepada ayat yang saya pernah baca dalam kitab Bible (Perjanjian Baru) dalam sebuah surah bernama Luke Fasal 11.
Lalu saya pun membuka Bible (versi King James) yang ada di depan saya dan mencari surah tersebut kembali untuk memastikan bahawa apa yang saya dengar itu memang ayat dari Bible yang saya pernah baca.
Apabila surah Luke fasal 11 di buka, saya membaca ayatnya dari ayat 1 hingga 54. Nyata jangkaan saya tidak meleset. Luke fasal 11 menceritakan mengenai Jesus yang sedang berdoa di suatu tempat dengan pengikutnya. Lalu para pengikutnya menanyakan kepadanya satu doa yang boleh kiranya diajarkannya kepada mereka. Lalu Jesus mengajarkan kepada pengikut-pengikutny a cara berdoa dan apa bentuk doa yang seharusnya diminta.
Kemudian Jesus menasihatkan pengikutnya mengenai jangan putus harapan dalam berdoa, kerana Bapa mereka (Tuhan Bapa) tidak akan membiarkan serta menghampakan permintaan anak-anakNya (iaitu umat Kristian pengikut Jesus). Kemudian dia (Jesus) memberikan contoh bagaimana Tuhan Bapa itu menyayangi anak-anakNya dalam ayat 9-12 surah Luke fasal 11 tersebut.
Luke 11 : 9-12
And I say unto you, Ask, and it shall be given you; seek, and ye shall find; knock, and it shall be opened unto you. For every one that asketh receiveth; and he that seeketh findeth; and to him that knocketh it shall be opened . If a son shall ask bread of any of you that is a father, will he give him a stone? or if he ask a fish, will he for a fish give him a serpent? Or if he shall ask an egg, will he offer him a scorpion?
Terjemahannya : Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya pintu dibukakan. Bapa manakah di antara kamu, jika anaknya minta ikan dari padanya, akan memberikan ular kepada anaknya itu ganti ikan? Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?
Cuma yang berbeza ialah perkataan bapa diganti dengan perkataan ibu dalam skrip drama tersebut. Samada disengajakan atau tidak, saya tidak berhak untuk menilaikannya. Tidak salah membaca Bible dan kandungannya tetapi hendaklah anda mempunyai ilmu sebelum mengambil mana-mana ayat dan kata-kata di dalamnya untuk dijadikan hujah dan dialog. Silap haribulan, rosak akidah nanti. Dalam drama tersebut tidak dinyatakan langsung kata-kata tersebut diambil dari mana. Yang dinyatakan dalam skrip tersebut hanyalah kata-kata yang diambil dari sebuah kitab. Namanya tidak dinyatakan. Tetapi sangat jelas kini, bahawa kitab tersebut merupakan Bible iaitu surah Luke fasal 11.
Oleh kerana majoriti penonton yang menontonnya ialah Melayu Islam, maka sekiranya ada muslihat terlindung untuk mempromosi Bible dan Kristian di dalam media arus perdana pada waktu prima, maka seharusnya stesen televisyen dan kementerian mengambil langkah-langkah proaktif menggantikan panel-panel penilai yang sangat pasif dalam membuat kerja. Apakah negara kita sekarang ini diserang dengan sindrom ‘tidur’. Dari atas sampai ke bawah, dari penulis skrip hingga ke pelakon, dari penerbit sampai ke panel stesen televisyen, semuanya tidur nyenyak sehingga tidak perasankan yang nyamuk sudah pun masuk dalam kelambu.
Berhati-hatilah, setahu saya ada akta yang menghalang penyampaian secara terbuka mana-mana doktrin agama selain Islam dalam media arus perdana sebagai menghormati Perlembagaan Negara. Kita tunggu apakah mereka akan senyap dengan isu ini atau pun diambil perhatian dan tindakan. Kepada semua orang Islam, berhati-hatilah.
jadi emel ni bukan hoax?
walau apapun cerita tu mmg tak layak keluar kat tv walaupun ada unsur pengajarannya
HE: ah..asalnya HE pun sangka hoax…sbb itu post di sini…
Mac 5, 2008 pada 12:52 am
Haa… e-mel tu diambil bulat² daripada entri dari blog satuhala[dot]blogspot[dot]com.
Atau lebih tepat lagi, pautannya di sini: http://satuhaladotblogspotdotcom/2008/01/drama-jelatang-bible-apa-kaitannyadothtml (gantilah [dot] tu dengan tanda noktah, hehe!).
Ni yang hamba tak gemar dengan e-mel ni, yang buat dan forward e-mel tu tak reti nak letak “kredit” pada penulis asal. Kesian la penulis tu, penat² dia menulis, senang² ja orang lain “cetak rompak” (memang perangai orang kita kot? Tak hairanlah DVD/CD cetak rompak berleluasa di tempat kita, heh!) pastu sesuka hati forward kat orang lain.
Oops, maaf, termelalut pulak sampai lari topik…
Hamba sendiri tak menonton cerita tu, sebab pelik sangat. Cuma sesekali tu tertengoklah jugak. Dah la ada babak anak perempuan tu bertemu “kebaikan” dan “kejahatan” diri dia waktu koma, macam watak “angel” dan “devil” dalam cerita omputeh tu, ini dah macam nak bercanggah dah dengan aqidah Islam.
Lepas tu dari aspek akhlak toksah cerita la. Bapa tiri berzina dengan anak tiri, dan si isteri buat bodoh tak tuntut hak. Cerita ni nama ja pelakon orang Islam dan cakap Melayu, tapi hakikatnya kita boleh persoalkan ajaran agama yang “diajar” dalam drama tu.
Jadi, tak hairanlah kot kalau memang ada dialog sebegitu dalam drama tu. Mungkin boleh ditanya terus pada tuan blog asal yang mengepos entri berkenaan.