>TV LCD atau Plasma

>Kalian kalau ke seksyen barang elektronik di mana-mana juga pusat membeli-belah seperti Jusco, Carefour atau Tesco, pasti kalian akan jumpa TV. Trend sekarang orang suka menggunakan TV flat atau skrin rata. Dulu masa HE beli TV Panasonic 29 inci, skrinnya memang rata tetapi tiub di belakangkangnya tidak pula rata. punggung TV itu kembang di belakang. Ia juga sangat berat untuk diangkat. HE harap kalian tfaham apa yang cuba disampaikan tentang TV HE.


ihsan Yodobashi Akiba – Sharp Aquos

Daripada pemerhatian HE, kebanyakan orang di Malaysia suka beli TV jenama Sony. Mungkin namanya mudah dan ia banyak dipamerkan atau memang jenama yang bagus. Sayangnya jenama Sony iaitu tempat kelahirannya, Jepun, jenama Sony tidak begitu terjual TV skrin ratanya, atau TV LCDnya atau TV plasmanya. Orang Jepun kini gemar membeli TV LCD atau plasma namun, jenama Sony bukan pilihan mereka.


ihsan Yodobashi Akiba – Sony Bravaria

Jenama Panasonic juga kurang rangsangan dan sebaliknya Sharp menjadi pilihan mereka. TV jenama Sharp dengan nama Aquos merupakan TV paling laris di Jepun. Selain TV berskrin rata, ia juga lebih besar tanpa border yang besar. Oleh kerana kelarisan TV Sharp dan teknologinya yang dikatakan paling hebat dalam penghasilan gambar yang berkualiti untuk panel bersaiz besar, Sony akan bekerjasama dengan Sharp bagi merealisasikan TV panel 40, 50 danĀ 60 inci yang mempunyai gambar yang jelas dan berkualiti.


ihsan Yodobashi Akiba – Panasonic Viera

Sony mungkin mempunyai jualan yang hebat di luar negara tetapi di dalam negaranya Sharp menjadi pilihan. Saingan terbesar mereka mungkin Samsung, jenama Korea yang dipercayai sudah menjadi produk TV nombor satu dunia. Sharp pula walaupun jenama hebat di Jepun dan mempunayi kualiti lebih hebat daripada Sony, namun sukar keluar dari negaranya sendiri. Anda suka TV apa?

ihsan Amazon – Samsung

One thought on “>TV LCD atau Plasma

  1. >So far rasanya Sony ok kot kat Mesia.. sebab cuacanya mungkin sesuai.. kat bilik 25' Sony Trinitron, kat ruang tamu 29' FD Trinitron, dalam stor 25' Trinitron, kat kampung 25' Trinitron.. La nih plan ndak beli Plasma TV kat Tesco, brand One, tapi ndak cungkil brand tuko ngan Sony.. hahaha..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s