Posted by: hairieusoff on: Disember 5, 2007
Memandangkan hadiah paling berharga pada saat ini adalah keputusan kemasukan ke Universiti Keio yang diperolehi lewat petang semalam, maka pada entri kali ini HE suka untuk bercerita kenapa HE boleh sampai ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran sedangkan toshi wo totta (umur sudah mningkat). Baiklah di sini HE mulakan sejarahnya.
Kalian sudah tentu tahu atau pernah menonton drama Jepun berjudul Oshin. Drama yang mengisahkan sejarah seorang wanita keluarga Kagaya yang miskin sejak dari kecil tetapi mampu membuka rangkaian pasaraya setelah melalui liku-liku hidup berdasarkan sebuah novel di Jepun. Dari kisah inilah asalnya seorang budak lelaki ini (meminjam tajuk lagu Anuar Zain) mempunyai keinginan untuk mejejakkan kaki ke bumi Matahari Terbit. Pengalaman hidup HE sebagai seorang kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh televisyen kerana itu adalah sumber hiburan kita suatu ketika dahulu. Mana ada erti internet apatah lagi komputer, blog dan games. Kalau hendak berpeleseran sekali pun, bukan ada shopping complex atau gedung-gedung membeli belah. Almaklum sahaja lah, pekan Kuala Selangor yang HE diami itu hanya sekadar pekan kecil berdekatan dengan Bukit Malawati iaitu tempat makam Di Raja dan Kaum Kerabat Sultan Selangor. Sungai Selangor yang mengalir di sisinya sekadar melesukan mata memandang. Dengan warna-warna lumpur yang kadang kala mengalir, pekan kecil Kuala Selangor diibaratkan pekan mati yang hidup sehingga jam 7 malam.
Jadi Televisyen memainkan peranan besar sehingga HE menduduki peperiksaan Darjah Lima. Penat lelah memang dirasai pada tahun-tahun kemuncak peperiksaan tetapi apakan daya, kita hanya menurut kata ibu bapa tambahan pula anak sulung seperti HE adalah tambatan keluarga untuk menceriakan masa depan mereka. Wajib bagi HE belajar bersungguh-sungguh dan sekurang-kurangnya membawa berita gembira dalam pendidikan yang telah mereka berikan.
Alhamdulillah, berkat usaha sendiri dan galakan ibubapa serta guru, Sekolah HE yang dikategorikan sebagai sekolah kumpulan B atau sekolah luar bandar itu melahirkan 11 orang penerima keputusan 5A. Atas kejayaan itu, kami semua dipilih untuk memasuki ke sekolah berasrama penuh. 2 orang dipilih masuk ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) iaitu HE dan seorang sahabat lain, seorang ke Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), dua orang ke Sekolah Tun Fatimah (STF) dua orang ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC), seorang ke Sekolah Alam Shah (SAS), dua orang ke Sekolah Seri Puteri (SSP) dan seorang di Sekolah Menengah Sains Selangor di Cheras. HE sebenarnya bukan mengerti apa-apa tetapi keluarga bercadang memberikan HE peluang ini kerana bukan senang menjadi alumni MCKK, tambahan pula memasuki dari Tingkatan 1.
Pada saatnya menjejakkan kaki ke daerah Di Raja Perak iaitu Kuala Kangsar, membuatkan HE tertanya-tanya apakah ada sinarnya hidup di sini. Diiringi dengan putaran kaset di dalam kereta kala itu mengumandangkan lagu Sinaran-Sheila Majid, hati berdebar-debar kerana bakal ditinggalkan keseorangan. Ya memang sedih tetapi apakan daya inilah dia namanya perjuangan.

Bangunan Asrama semasa Tingkatan 1
Perjuangan di sekolah berasrama yang berusia 102 tahun itu sememangnya ada pahit manisnya. Tapi biarlah manis itu menjadi kenangan HE bersama kalian dan yang pahit itu sekadar terperam di dalam sanubari sahaja. Alangkah seronoknya HE, apabila memasuki kelas buat pertama kali, kami diminta untuk memilih satu Bahasa Asiang sebagai elektif. Bahasa yang ada pada ketika itu adalah Bahasa Arab dan Bahasa Jepun sahaja. Maka dengan senang hati, HE memilih Bahasa Jepun kerana dalam hati sudah berkobar-kobar untuk pergi ke Jepun pada suatu hari nanti. Adakah ini tanda-tanda tuhan merestui hasrat HE untuk ke Jepun. Maka pada saat itu bermulalah kehidupanHE dengan sedikit aura dan pengaruh Jepun. Dengan keseronokan mempelajarinya, HE kerap mendapat markah tinggi dalam Bahasa Jepun (matapelajaran lain sudah tentulah tidak kerana rata-rata pelajar terpilih ke MCKK adalah hebat-hebat belaka. )

Bangunan di mana HE mula mempelajari bahasa jepun di Tingkatan 1
Sehinggalah pada saat dan ketikanya HE apabila Maharaja Akihito dimahkotakan sebagai pengganti Hirohito pada tahun 1989, baginda telah melawat Malaysia pada tahun 1990 dan sudah pasti Kuala Kangsar sebagai bandar Di Raja akan dikunjungi. Tambahan pula pada ketika itu Baginda Sultan Perak adalah Yang Di pertuan Agong. HE telah dipilih di kalangan pelajar untuk menjadi MC bagi kedatangan Maharaja Akihito ke Pusat Bahasa Kolej Melayu ketika itu. Sayang seribu kali sayang, jerebu melanda negara kita pada ketika itu dan keberangkatan tiba baginda Maharaja dibatalkan. Kami yang menunggu seawal pagi memang merasa hampa kerana pelbagai persiapan telah dibuat.
Pada tahun yang sama, satu peperiksaan untuk kalangan pelajar Bahasa Jepun di Sekolah Berasrama Penuh diadakan dan mungkin kerana keinginan dan passion yang mendalam dalam Bahasa dan budayanya, HE berjaya mendapat excellent award untuk peperiksaan ini bagi kalangan pelajar MCKK. Hadiah yang diterima daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia itu merupakan mezamashidokei (jam loceng berwarna emas) dan sijil penganugerahan yang mana majlis diadakan di Sekolah Alam Shah (SAS).
Setelah pelbagai program dilakukan dan dilalui berkaitan Jepun seperti menduduki peperiksaan JLPT Level 4 dan menjadi presiden kepada Kelab bahasa Jepun di MCKK, masanya untuk konsentrasi kepada peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan memang agak kurang memberangsangkan untuk dapat peluang keluar negara tetapi mampu untuk memohon rancangan bersama atau RB dan sudah tentu untuk ke Jepun. Malah apabila memohon untuk ke universiti, pilihan utama adalah Universiti Malaysa untuk program asasi sains dan sastra di Ambang Asuhan Jepun. Ya! sekadar harapan tetapi, rezeki dan takdir bukan milik kita pada sesuatu ketika kerana tuhan lebih mengerti kebaikan dan keburukannnya. Maka HE hanya layak ke UUM.
Walaupun sudah bergelar mahasiswa, Bahasa Jepun tetap diambil sebagai elektif kerana, selain daripada memenuhi koata jam kredit, ia juga peluang menaikkan pointer.(CGPA). Sehinggalah memasuki kerja dan berkahwin, dapat pula isteri yang merupakan pelajar Ambang Asuhan jepun dan belajar di Jepun. Itulah HE. Pada saat itu, HE rasa, mungkin bukan restu tuhan untuk menjejakkan kai ke Jepun sebaliknya hanya orang dan perkara sekeliling yang HE dapat berkaitan Jepun.
Sehingga suatu saat apabila HE terlalu tertekan dengan kerja, HE cuba untuk memohon Hadiah latihan Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran di Jepun di peringkat Sarjana. Alhamdulillah, prosesnya tidak begitu sukar. Ketua Jabatan juga melepaskannya, temuduga juga berjaya dan akhirnya berjaya ditawarkan pengajian ke Jepun. Maka pada 31 mac 2007, terpatrilah jejak kaki HE di tanah Narita untuk pertama kalinya sejak sekian lama jejak-jejak keinginan itu berputik dan pada kala itu ia mula menguntum laksana sakura yang pada ketika itu sedang segar mekar.
Mentari Jepun semasa HE tiba
Itulah dia sejarah Jepun di dalam diri HE. Sejarah yang bermula dari seorang pelajar sekolah rendah hingga menjadi seorang bapa dan pegawai kerajaan. Sejarah yang menceritakan tentang rezeki sehingga HE belajar sesuatu dariNya. Maka fahamilah HE bahawa betapa rezeki itu berada di mana-mana. Mungkin bukan waktu ini kita dianugerahkan sesuatu tetapi akan ada peluangnya lain mungkin pada suatu ketika nanti. Kehadiran HE di sini juga akan terpahat sebagai satu sejarah lagi dain ia sudah tentu suatu rezeki dan peluang yang diberikanNya. Dan ia pasti akan terlakar dengan baik sehingga ke akhir hayat sebagai sejarah HE.
p.s: jika ada antara kalian yang HE maklum tidak pernah belajar NihonGo, inilah dia sejarah sebenar HE berkaitan tentang Jepun. Jika sensei HE baca ini (jika dia faham Bahasa Melayu), sudah tentu dia terkejut, kerana dia maklum HE hanya belajar bahasa Jepun, 6 bulan sebelum tiba ke Jepun.
sudah lama kisah “chenta” HE dengan Nihon ni ye… Alhamdulillah akhirnya berjaya juga merealisasikan impian, kan?
oooo kisahnye..
shy pun tak tahu….
tkpi hepi sgt utk HE and family..
alamak..!!! besday anak HE dah nak dekat..
woh..gitu rerupa nye kisah HE dgn nihon. terharu membaca nye. moga success dan dirahmati NYA selalu.
ooo… best student 日本語。私も 日本語の 生徒 です。 mcm mana nak dapat lulus bahasa jepun ni??? dan mcm mana nak jd best student??? dou ???
Congratz sbb dpt pegi Keio. Bukan calang2 org dpt pegi Keio. Ganbare.
he: domo..
Disember 5, 2007 pada 3:58 pm
hohoho… rupanya HE yang best student erk…
lamanya sejarah bahasa Jepun.
ooo… kira satu batch dengan Hafiz (betul ker nama, ingat2 lupa) yg menangis lam tv last year tu sbb dapat jumpa jugak dengan Maharaja Jepun tu erk… pernah jumpa dia sekali masa Pesta Filem Tokyo last year.