Posted by: hairieusoff on: September 1, 2007
Awal pagi Sabtu, setelah bersiap sedia dengan peralatan piknik, HE sekeluarga dan jiran bergerak ke 21 Century Camp Site. Di sana adalah saatnya meraikan mereka yang akan pulang ke tanahair dan mereka yang bakal berpindah dari Chiba untuk memasuki Universiiti di wilayah lain.

Kanak-kanak bermain buih tanpa mengira bangsa dan warna kulit kerana mereka hanya mengerti erti kegembiraan sahaja
Majlis yang dilbuat itu bukanlah sesuatu yang begitu mengharapkan untuk makan sebaliknya satu saat untuk bersua muka dan menemukan anak-anak dengan rakan mereka dari Malaysia. Kagum melihat anak-anak boleh berbicara dalam bahasa Jepun sedangkan kita yang juga belajar berbahasa Jepun tidak sepetah mereka.

Anak-anak yang senyap ini bercakap melalui geraktubuh mereka. Seronok bermain pasir!
Dalam pada itu, si anak kecil HE juga sempat bersuai kenal dengan orang-orang jepun di sana yang turut berkhemah dan berBBQ. Di situ kita dapat lihat betapa kanak-kanak tidak mengenal apa itu bangsa, warna kulit dan perbezaan agama. Yang mereka tahu adalah untuk bergembira dengan bermain bersama-sama. Kain putih itu jika diteruskan dengan corak yang sama tentunya amat baik tetapi, mana mungkin anak-anak kita tidak dicorakkan dengan warna-warna lain kerana itu lah yang dinamakan pengalaman dan ia akan sentiasa mengajar kita meneruskan hidup.

Ratu Cantik Ibu-Ibu, Ada juga yang belum jadi Ibu. Terima kasih atas tungkus lumus kalian.
Apa juga keadaannya HE mengucapkan ribuan terima kasih kepada sempai (senior) yang sebelum ini membantu HE dalam awal kehidup HE di sini. Atoque dan isteri, Pokcik dan isteri, Suhaidi dan isteri serta Daud dan isteri. Jasa kalian amat berharga buat HE. Kepada mereka yang akan meneruskan pengajian di tempat lain, selamat belajar. Semoga pulang dengan cemerlang.

Ramai orang Malaysia Di Jepun. Banyak juga wang dilaburkan kerajaan untuk orang-orang ini.
kekuatan kita terletak kepada kesepaduan dan ikatan ukhwah yang kuat kekal berkekalan sehingga hayat. Jangan pula ianya terkubur dek kerana kerakusan kita mengejar kesenangan dunia yang tak seberapa panjang pun usianya. Ramai kan sahabat dan jangan takbur dan sombong diri…insyallah kita akan dapati kehidupan dan urusan kita dipermudahkan Allah.
Pelaburan modal insan!
woh, HE dah pindah umah baru ek.
seronoknye berpiknik reramai gitu.
Kak Zura nampak berisi.. Ada apa2??
September 2, 2007 pada 11:36 am
xtvt sebegini patut diadakan selalu..medan untuk berinteraksi sesama warga Malaysia…