>Pesta Flora – Perarakan Kereta Berhias (Putrajaya)

>Pagi-pagi lagi HE sudah keluar dari Kuala Lumpur menuju Putrajaya. Semata-mata mahu menyaksikan perarakan kereta berhias bunga-bungaan yang dikatakan terbaik dianjurkan sejak Pesta Flora pertama sekali di adakan pada 1991. HE, isteri, anak dan sahabat HE, Shairi meletakkan kereta sedekat mungkin dengan kawasan perarakan dan menunggu acara bermula. HE sangka kereta berhiasnya tinggi-tinggi rupanya ada juga kemetot macam negeri Perlis.

Pada pandangan HE, penganjur mesti meletakkan syarat penyertaan agar semua penyertaan adalah “Big float”. Mengikut syarat kategori float yang dibenarkan adalah seperti berikut:

Ada dua kategori Floats di dalam Floral Parade 2007:

· Mini Float – Panjang 10-20 kakit, Lebar 10 kaki dan Tinggi 10 kaki.

· Big Float – Panjang 24 – 40 kaki, Lebar 8 – 12 kaki dan Tinggi 10 – 14 kaki.

Jika tahun-tahun sebelum ini, kita ada menjemput negara luar untuk menyertai perarakan ini, HE harap ia dapat diteruskan kerana ia akan membawa acara ini ke serata dunia.

Ada beberapa perkara yang HE kurang puas hati, walaupun acara ini telah memberikan satu mercu tanda kepada negara. Perkara tersebut adalah:

  1. Penganjur sepatutnya tidak menganak tirikan warga Malaysia dalam acara besar berkaitan pelancongan. Ini kerana rakyat kita juga melancong dan pelancong di Malaysia. HE utarakan perkara ini kerana, dalam Acara Pesta Flora ini, ada satu pameran fotografi bunga-bungaan di Putrajaya. Sebelum perarakan bermula, HE pergi ke pameran tesebut dan ada beberapa cenderamata untuk diberikan. HE dan kebanyakan rakyat kita yang datang minta cenderamata itu diberikan tetapi ditolak kerana kita dianggap bukan pelancong. Sekonyong-konyong, masuklah beberapa warga Korea dan dengan mudahnya mereka menghulurkan cenderamata itu kepada pelancong Korea. Sedihnya kami melihat kerana pengurusan dan panganjur menjulang peribahasa “Anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.

  2. Penganjur perlu lebih bijak dalam penyediaan kemudahan seperti tandas awam kepada pengunjung. Jika diharap pada tandas di bangunan-bangunan, semuanya telah digunakan oleh peserta perarakan untuk bersolek. maka kita yang hendak menggunakan tandas, kena tahan dan mencari yang jauh-jauh.

  3. Penganjur juga perlu prihatin terhadap pengunjung teruatamanya tempat duduk. Semasa HE terlibat dengan perarakan hari Kebangsaan di Putrajaya pada Tahun 2003, sepanjang persiaran disediakan tepat duduk seperti tangga untuk orang ramai duduk menyaksikan perarakan. Tetapi pada Pesta Folara ini, penganjur seperti leka akan kebajikan pengunjung. Sepadanlah dengan kehadiran yang sedikit walaupun diuar-uar di dalam televisyen seramai 60,000 orang datang. Teman HE berada dengan penyiar TV, wartawan melaporkan 40,000, kemudiannya penerbit menambah jumlah tersebut kepada 50,000 dan ketika melihat semula rakaman, laporannya 60,000. Hebatkan? jadi kita dapat melihat bagaimana media memainkan peranan dalam mencipta sesuatu keadaan.

Yang lainnya HE suka tetapi rasa ucapan-ucapan perlu diringkaskan atau ditiadakan. Di bawah HE sertakan gambar-gambar menarik:

Opening

Pagi Di Putrajaya, Gimik Pelancaran dan Persembahan Pembukaan

 

Float 1

Kereta Berhias DBKL dan Pahang

Float 2

Kereta Berhias Perak dan Sabah

Float 3

Kereta Berhias Kedah dan Sarawak

4 thoughts on “>Pesta Flora – Perarakan Kereta Berhias (Putrajaya)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s